Saturday 3 November 2012

Penggunaan Kata yang Tepat

Ramai orang yang masih belum tahu untuk menggunakan perkataan yang tepat bagi sesetengah ayat. Dalam entri kali ini, saya memaparkan penggunaan kata yang tepat dalam ayat berserta gambar agar pembaca dapat memahami penggunaan kata dengan lebih jelas.






Menjulang
Maknanya mengangkat ke atas.
Contoh ayat ;
Sharif menjulang piala yang dimenanginya dengan gembira.





Menggalas
Maknanya membawa sesuatu barang di belakang bahu.
Contoh Ayat :
 Kassim berjalan sambil menggalas beg semasa melalui lorong yang sunyi itu.






Menjunjung
Maknanya membawa sesuatu di atas kepala
Contoh ayat :
 Perempuan itu menjunjung sebakul sireh di atas kepalanya.








Mengandar
Maknanya membawa sesuatu dengan menggunakan kayu yang diletakkan di atas bahu.
Contoh ayat : 
Cheong mengandar barang jualannya untuk dijual di pekan.







Membimbit
Maknanya membawa sesuatu dengan menggunakan jari.
Contoh Ayat : 
Salina membimbit sebuah beg tangan berwarna coklat muda.                                                      





Semoga entri kali ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca memahami penggunaan kata dengan lebih tepat. 











12 comments:

  1. Bahasa itu Indah. Saya juga tertarik dengan penjelasan perkataan-perkataan menjunjung, menggalas dan sebaginya. Teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  2. Bagus tapi sikit lagi makumat

    ReplyDelete
  3. bagus tetapi maklumat sangat sedikit...
    DABBBBB!!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. You help me a lot!
    thank you very much

    ReplyDelete
  6. Nice i loved it

    ReplyDelete
  7. 👍👍👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  8. Terima kasih bagi jawapan kat sini.saya boleh jumpa kat buku saya

    ReplyDelete
  9. Menjunjung piala satu bina ayat

    ReplyDelete