Puisi Melayu
Seloka
Puisi berunsur sindiran. Satira dalam seloka amat tajam.
Seloka membawa unsur mengejek, mencemuh, menyindir, menempelak, memperli,
mengusik dan bergurau senda. Watak-watak
bodoh seperti Pak Kaduk, Lebai Malang digunakan bertujuan memberikan pengajaran
yang amat tinggi nilainya.
Contoh seloka :
Seloka Pak Kaduk
Sungguhlah malang nasib Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Adapun rumah bertandang duduk,
Rumahnya runtuh awak menumpang.
Pak Kaduk, oi Pak Kaduk,
Kalah sabung tapi menang sorak,
Pak Kaduk, oi Pak Kaduk,
Kurang fikir sebab banyak borak.
Mantera
Puisi berunsur sindiran. Mantera
lazimnya digunakan dalam jampi serapah oleh pawang dan bomoh sebagai alat untuk
berhubung dengan makhluk halus dalam konteks menghalau hantu atau aktiviti
menyembuhkan penyakit. Untuk menghalau hantu, bomoh menggunakan serapah
manakala untuk menyembuhkan penyakit pula jampi digunakan.
Contoh Mantera ( Serapah):
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan jala jemala,
Yang darat balik ke darat,
Yang laut balik ke laut.
Contoh Mantera (Jampi) :
Batang kana batang kadam,
Batang buruk sangkar babi,
Hilang senak hilang tajam,
Aku tawar mintak menjadi,
Tajam tumpul tawar bisa,
Aku naikkan tawar,
Aku turunkan bisa.
Gurindam
Gurindam mempunyai motif nasihat
dan tunjuk ajar yang berguna. Sesuatu perkara itu berlaku ada sebab dan
daripada sebab itulah terjadi akibat. Tunjuk ajar dan nasihat yang dibawa oleh
gurindam mengajak kita supaya berwaspada dalam hidup.
Contoh Gurindam :
Kalau tiada emas di pinggang,
Sanak saudara menjadi renggang.
Orang malas hidup sengsara,
Kalau rajin banyak saudara.
Apabila mata sudah kabur,
Apabila kulit sudah kendur,
Apabila gigi sudah gugur,
Apabila uban sudah bertabur,
Apabila selalu sahaja uzur,
Apabila kerap disuap bubur,
Nazam
Nazam dinyanyikan dengan lagu dan iramanya yang tersendiri. Wadah cerita dalam nazam biasanya berunsur keagamaan. Ha-hal ibadah, syurga neraka, ajal maut dan seksa kubur menjadi tema utama nazam.
Contoh Nazam :
Tok Haji berserbaan merah,
Turun ke padang memburu rusa,
Orang beratib memuji Allah,
Orang sembahyang mencuci dosa.
Syair
Syair merupakan lagu yang
menceritakan sesuatu kisah. Syair dibacakan dengan irama lagu yang tersendiri. Syair
mewadahkan kisah-kisah dan daripada pengkisahan itu akan menghasilkan
cerita-cerita yang menarik.
Contoh Syair:
Cukuplah bulan dengan harinya,
Pemaisuri melahirkan seorang
puteri,
Wajahnya indah tidak terperi,
Makin dipandang berseri-seri.
Sajak
Sajak ialah puisi Melayu Moden. Sajak merupakan ekspresi tentang pengalaman manusia secara imaginatif dan terjalin dalam bentuk struktur yang tidak terkawal serta mempunyai bahasa yang indah untuk menemukan nilai rasa dan nilai erti yang seimbang. Ciri-ciri utama sajak ialah mengandungi unsur-unsur emosi, imaginatif dan akal budi.
Contoh Sajak :
Yang kurasakan
Kau semua mesti di sisiku
Kerana setiap yang kualami
Kau semua mesti menikmati
Dalam kesepian di tengah ramai
Orang yang kutemui tapi tak kukenal
Suara kalian ada di telingaku
Kenakalan dan ketegasan dalam rumah tangga
Tidak melepaskan jarak kita
Malah ingatan itu
Menjadikan aku
Seorang ayah dan suami
Yang terlalu memelihara
Erti diri
No comments:
Post a Comment