Saturday, 15 December 2012

Aktiviti Galakan Membaca Sekolah Kebangsaan Methodist ACS




Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak sekolah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid. Antara aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun.


Satu jam Program Nilam di dalam pusat sumber sekolah setiap minggu. 






Sudut bacaan di dalam kelas untuk memudahkan murid membaca untuk mengisi masa yang terluang dan untuk tujuan pengayaan.











Tiga puluh minit membaca buku sebelum kelas 

bermula.



      Laluan Ilmu yang terdapat di kawasan sekolah.



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Pertandingan Bercerita 

Membaca Jambatan Ilmu Program Nilam Di SK Methodist ACS Sitiawan


Membaca Jambatan Ilmu
Program Nilam Di SK Methodist ACS Sitiawan


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).


TAKLIMAT PROGRAM NILAM OLEH PUAN NOOR FAIZAH (GURU PROGRAM NILAM)



HADIAH GALAKAN PEMBACA
TERBANYAK MENGIKUT  TAHUN DAN
PERASMIAN NILAM OLEH PN.HABIBAH
   PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Kuiz Sempena Program Nilam



ULASAN BUKU OLEH FATIN NADIA AUNI BT MUDZAFFAR  SHAH





HADIAH DIBERIKAN KEPADA MURID-MURID YANG DAPAT  ANUGERAH TAHAP NILAM

AKTIVITI RAKAN PEMBACA OLEH LIM TZE TAO
FATIN NADIA AUNI BT MUDZAFFAR SHAH
JOHAN TOKOH NILAM PERINGKAT ZON SITIAWAN BANDAR DAN NAIB JOHAN  TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH MANJUNG.


Wednesday, 12 December 2012

Tatabahasa : Kata Adjektif


KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.

Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong

2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan,

Friday, 7 December 2012

Kekeliruan Ejaan


Berikut disenaraikan beberapa kekeliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pengguna bahasa Melayu:


KEKELIRUAN  EJAAN

                                 PENJELASAN
Agung dan agong

Dalam bahasa Melayu, mengikut hokum keselarasan vocal, vocal ‘a’ akan berpasangan dengan vocal ‘u(a-u). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja ‘agung ‘, contohnya, mesyuarat agung, seniman agung, pemimpin agung, tetapi ada kekecualian hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vocal ’o’ untuk kata agong.
Perabot dan laporan, atau
Perabut dan lapuran

Ejaan yang tepat ialah perabot dan laporan, kerana kata tersebut ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya tidak mengikut keselarasan vocal bahasa Melayu, iaitu ‘a-u’.
Pamir atau pamer

Ejaan yang tepat ialah pamer kerana kata tersebut ialah pinjaman daripada bahasa Indonesia.

Istirehat atau istirahat

Ejaan yang tepat ialah istirahat. Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Istirahat-rehat. Waktu istirahat ialah pukul 1.00 tengah hari.

Beristirahat-berehat. Setelah penat bekerja, dia beristirahat sejenak.
Ramadhan atau Ramadan

Ejaan yang tepat ialah Ramadan, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Arab.
Ramadan-Bulan kesembilan dalam tahun Hijrah, bulan puasa.
Dialog atau dialog

Ejaan yang tepat ialah dialog, iaitu kata serapan daripada bahasa Inggeris (dialogue). Cara penyebutannya adalah dengan mengikut bunyi huruf bahasa Melayu.

Dairi atau diari

Kata diari ialah serapan daripada bahasa Inggeris (diary). Apabila diserap ke dalam bahsa Melayu, huruf akhir ‘y’.ditukar menjadi ‘i’. Bunyi sebutan perkataan tersebut juga mengikut bunyi huruf bahasa Melayu.

Sessi atau sesi,
dan missi atau misi

Sesi dan misi ialah ejaan yang tepat dalam bahasa Melayu kerana tergolong dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris, iaitu session dan mission. Apabila diserapke dalam bahasa Melayu, satu ‘s’ digugurkan dan suku kata akhir ‘sion’ diubah menjadi ‘si’ bagi kedua-dua kata tersebut.


Saturday, 3 November 2012

Kata-kata pujangga






























Contoh Soalan Tatabahasa


1.  Mereka sedang menunggu _______ di perhentian bas itu.
A.        kereta
B.        kapal
C.       basikal
D.       bas


                 2.Ceramah tentang kanser itu akan disampaikan oleh _______.
A.        Doktor Roslan
B.        Peguam Hamid
C.       Cikgu Noraida
D.       Hakim Rohana


 3. Dua orang _______ menangkap _______ yang mencuri barang di kedai itu.
                A.        askar … perompak
                B.        tentera … penculik
                C.       polis … pencuri
                D.       hakim … penjenayah


                 4. Ibu dan nenek sedang menonton _______ yang disiarkan di _______.
               A.        lakonan … stadium
               B.        nyanyian … bilik
               C.       filem … radio
               D.       drama … televisyen
  

                 5. Farid dan Kamil murid Tahun Empat Seroja. _______ rajin belajar.
A.        Kami
B.        Mereka
C.       Dia
D.       Kalian


                 6.  “_______ tidak suka akan sikap Amir yang bongkak itu,” kata Rizal kepada kawan_______.
A.        Dia … nya
B.        Saya … nya
C.       Kita … dia
D.       Aku … dia



                 7.“_______ berasa bangga dengan keberanian pahlawan-pahlawan muda itu" titah _______ Sultan Mansur Syah.
A.        Baginda … beta
B.        Beta … baginda
C.       Saya … beta
D.       Kami … patik

  
            
                8. Harga lima _______ sate ayam ialah RM2.50.
A.        bilah
B.        biji
C.       batang
D.       cucuk



                 9. Se_______ ahli pengakap sedang mendengar penerangan tentang cara memasang khemah.
A.        kumpulan
B.        kawan
C.       longgok
D.       deret



                10. Puan Hasnah membelikan se_______ cincin emas untuk dihadiahkan kepada anak perempuan kesayangannya.
A.        untai
B.        pasang
C.       bentuk
D.       butir

Penggunaan Kata yang Tepat

Ramai orang yang masih belum tahu untuk menggunakan perkataan yang tepat bagi sesetengah ayat. Dalam entri kali ini, saya memaparkan penggunaan kata yang tepat dalam ayat berserta gambar agar pembaca dapat memahami penggunaan kata dengan lebih jelas.






Menjulang
Maknanya mengangkat ke atas.
Contoh ayat ;
Sharif menjulang piala yang dimenanginya dengan gembira.





Menggalas
Maknanya membawa sesuatu barang di belakang bahu.
Contoh Ayat :
 Kassim berjalan sambil menggalas beg semasa melalui lorong yang sunyi itu.






Menjunjung
Maknanya membawa sesuatu di atas kepala
Contoh ayat :
 Perempuan itu menjunjung sebakul sireh di atas kepalanya.








Mengandar
Maknanya membawa sesuatu dengan menggunakan kayu yang diletakkan di atas bahu.
Contoh ayat : 
Cheong mengandar barang jualannya untuk dijual di pekan.







Membimbit
Maknanya membawa sesuatu dengan menggunakan jari.
Contoh Ayat : 
Salina membimbit sebuah beg tangan berwarna coklat muda.                                                      





Semoga entri kali ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca memahami penggunaan kata dengan lebih tepat. 











Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4

Kesalahan Ejaan dan Bahasa Pada Papan Tanda

Kesalahan ejaan dan bahasa kerap berlaku dalam kalangan pengguna bahasa Melayu seperti pelajar, guru, pegawai kerajaan dan swasta, penulis buku, guru, penulis laporan dan wartawan. Hal ini berlaku kerana mereka belum menguasai bahasa Melayu sepenuhnya. Dalam ruangan entri kali ini, saya akan memaparkan gambar-gambar kesalahan ejaan dan bahasa pada papan tanda yang berlaku di sekeliling kita. 

                                                  
 PEMBETULAN : KLINIK LEONG




PEMBETULAN : MAJLIS SAMBUTAN RAMADAN AL MUBARAK




PEMBETULAN : DILARANG MENGGUNAKAN TELEFON TANGAN



 PEMBETULAN : JURUJUAL PEREMPUAN




PEMBETULAN : SILA TUTUP AIR SELEPAS MENGGUNAKANNYA



PEMBETULAN : PUSAT KOSMETIK DAN KECANTIKAN



PEMBETULAN : HENTIAN PUDU RAYA 



PEMBETULAN: DILARANG MANDI DI KAWASAN INI



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesalahan bahasa, anda boleh klik pada link di bawah.






Wednesday, 31 October 2012

Khazanah Melayu



Puisi Melayu


Seloka
Puisi berunsur sindiran. Satira dalam seloka amat tajam. Seloka membawa unsur mengejek, mencemuh, menyindir, menempelak, memperli, mengusik  dan bergurau senda. Watak-watak bodoh seperti Pak Kaduk, Lebai Malang digunakan bertujuan memberikan pengajaran yang amat tinggi nilainya.

Contoh seloka :

Seloka Pak Kaduk
Sungguhlah malang nasib Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Adapun rumah bertandang duduk,
Rumahnya runtuh awak menumpang.

Pak Kaduk, oi Pak Kaduk,
Kalah sabung tapi menang sorak,
Pak Kaduk, oi Pak Kaduk,
Kurang fikir sebab banyak borak.

Mantera
Puisi berunsur sindiran. Mantera lazimnya digunakan dalam jampi serapah oleh pawang dan bomoh sebagai alat untuk berhubung dengan makhluk halus dalam konteks menghalau hantu atau aktiviti menyembuhkan penyakit. Untuk menghalau hantu, bomoh menggunakan serapah manakala untuk menyembuhkan penyakit pula jampi digunakan.

Contoh Mantera ( Serapah):

Ulit mayang diulit,
Ulit dengan jala jemala,
Yang darat balik ke darat,
Yang laut balik ke laut.

Contoh Mantera (Jampi) :
Batang kana batang kadam,
Batang buruk sangkar babi,
Hilang senak hilang tajam,
Aku tawar mintak menjadi,
Tajam tumpul tawar bisa,
Aku naikkan tawar,
Aku turunkan bisa.

Gurindam
Gurindam mempunyai motif nasihat dan tunjuk ajar yang berguna. Sesuatu perkara itu berlaku ada sebab dan daripada sebab itulah terjadi akibat. Tunjuk ajar dan nasihat yang dibawa oleh gurindam mengajak kita supaya berwaspada dalam hidup.

Contoh Gurindam :

Kalau tiada emas di pinggang,
Sanak saudara menjadi renggang.

Orang malas hidup sengsara,
Kalau rajin banyak saudara.

Apabila mata sudah kabur,
Apabila kulit sudah kendur,
Apabila gigi sudah gugur,
Apabila uban sudah bertabur,
Apabila selalu sahaja uzur,
Apabila kerap disuap bubur,
Itulah tanda akan ke kubur.

Monday, 22 October 2012


AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK

A. MAKSUD AYAT:

1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.
- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.
ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.


B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK : Syarat penukaran: 

i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi. 
ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan. 
iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun
dan lain-lain. 
iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan. 
v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi. 
vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya. 
vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan. 


C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :
1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.
2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.
3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
Ayat majmuk : 
1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.
2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.
4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.
5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.
Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

Contoh 1 : 
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.
Jawapan :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 : 
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberikan amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.
Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberikan amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.