Saturday, 3 November 2012
Contoh Soalan Tatabahasa
1. Mereka sedang menunggu _______ di perhentian bas itu.
A. kereta
B. kapal
C. basikal
D. bas
2.Ceramah tentang kanser itu akan disampaikan oleh _______.
A. Doktor Roslan
B. Peguam Hamid
C. Cikgu Noraida
D. Hakim Rohana
3. Dua orang _______ menangkap _______ yang mencuri barang di kedai itu.
A. askar … perompak
B. tentera … penculik
C. polis … pencuri
D. hakim … penjenayah
4. Ibu dan nenek sedang menonton _______ yang disiarkan di _______.
A. lakonan … stadium
B. nyanyian … bilik
C. filem … radio
D. drama … televisyen
5. Farid dan Kamil murid Tahun Empat Seroja. _______ rajin belajar.
A. Kami
B. Mereka
C. Dia
D. Kalian
6. “_______ tidak suka akan sikap Amir yang bongkak itu,” kata Rizal kepada kawan_______.
A. Dia … nya
B. Saya … nya
C. Kita … dia
D. Aku … dia
7.“_______ berasa bangga dengan keberanian pahlawan-pahlawan muda itu" titah _______ Sultan Mansur Syah.
A. Baginda … beta
B. Beta … baginda
C. Saya … beta
D. Kami … patik
8. Harga lima _______ sate ayam ialah RM2.50.
A. bilah
B. biji
C. batang
D. cucuk
9. Se_______ ahli pengakap sedang mendengar penerangan tentang cara memasang khemah.
A. kumpulan
B. kawan
C. longgok
D. deret
10. Puan Hasnah membelikan se_______ cincin emas untuk dihadiahkan kepada anak perempuan kesayangannya.
A. untai
B. pasang
C. bentuk
D. butir
Penggunaan Kata yang Tepat
Ramai orang yang masih belum tahu untuk menggunakan perkataan yang tepat bagi sesetengah ayat. Dalam entri kali ini, saya memaparkan penggunaan kata yang tepat dalam ayat berserta gambar agar pembaca dapat memahami penggunaan kata dengan lebih jelas.
Semoga entri kali ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca memahami penggunaan kata dengan lebih tepat.
Menjulang
Maknanya mengangkat ke atas.
Contoh ayat ;
Sharif menjulang piala yang dimenanginya
dengan gembira.
Menggalas
Maknanya membawa sesuatu barang
di belakang bahu.
Contoh Ayat :
Kassim berjalan
sambil menggalas beg semasa melalui lorong yang sunyi itu.
Menjunjung
Maknanya membawa sesuatu di atas
kepala
Contoh ayat :
Perempuan itu
menjunjung sebakul sireh di atas kepalanya.
Mengandar
Maknanya membawa sesuatu dengan menggunakan kayu yang diletakkan di atas bahu.
Contoh ayat :
Cheong mengandar barang jualannya untuk dijual di pekan.
Membimbit
Maknanya
membawa sesuatu dengan menggunakan jari.
Contoh Ayat :
Salina membimbit sebuah beg tangan
berwarna coklat muda.
Semoga entri kali ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca memahami penggunaan kata dengan lebih tepat.
Kesalahan Ejaan dan Bahasa Pada Papan Tanda
Kesalahan ejaan dan bahasa kerap berlaku dalam kalangan pengguna bahasa Melayu seperti pelajar, guru, pegawai kerajaan dan swasta, penulis buku, guru, penulis laporan dan wartawan. Hal ini berlaku kerana mereka belum menguasai bahasa Melayu sepenuhnya. Dalam ruangan entri kali ini, saya akan memaparkan gambar-gambar kesalahan ejaan dan bahasa pada papan tanda yang berlaku di sekeliling kita.
PEMBETULAN : KLINIK LEONG
PEMBETULAN : MAJLIS SAMBUTAN RAMADAN AL MUBARAK
PEMBETULAN : DILARANG MENGGUNAKAN TELEFON TANGAN
PEMBETULAN : JURUJUAL PEREMPUAN
PEMBETULAN : SILA TUTUP AIR SELEPAS MENGGUNAKANNYA
PEMBETULAN : PUSAT KOSMETIK DAN KECANTIKAN
PEMBETULAN : HENTIAN PUDU RAYA
PEMBETULAN: DILARANG MANDI DI KAWASAN INI
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesalahan bahasa, anda boleh klik pada link di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)